Posts

Putaran Waktu Sonsang

 Kecil langkah yang ku bukakan, Melihat deras sungai yang ku tujukan, Tanpa peta yang mampu ku bacakan, Menuju tempat yang tidak ku mahukan. Perlahan kaki yang ku gerakkan, Berjalan lemah dengan rentak yang ku ikutkan, Walau panas bahang yang ku rasakan, Hanya untuk hasrat yang ku dambakan. Langit yang cerah, kini bertukar malam Kedinginan mula menjenguk ke leher,  Langkah mula menjadi berat, Kian menjadi sekeras batu di tepi jalan. Dari mula berlari lincah ke hulu hilir, Apakan daya kudrat mula khianati jasad, Bukan tiada daya mahu mengubah, Tapi masa mula meminta-minta, Untuk kembalikan apa yang dipinta